• banner-blue-ribbon.jpg
  • Bannerkbarwebosha.jpg
  • Bannerslideosha.png
  • smoke-free.jpg

PKKP, 08 November 2019 jam 3.00 petang : YBhg. Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berbesar hati telah menyempurnakan Majlis Menandatangani Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DKKP) dan Polisi Kampus Bebas Asap Rokok (PKBAR) bagi menzahirkan komitmen dan sokongan padu beliau terhadap keselamatan di tempat kerja serta kampus yang bebas dari asap rokok semasa Lawatan Rasmi beliau ke Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti).

DKKP merupakan satu dasar yang menyeluruh di dalam memastikan keselamatan dan kesihatan setiap pekerja dan pelajar mahupun orang awam yang berada di UTeM ini sentiasa terpelihara, dan seterusnya menjamin kesejahteraan warga kampus.

DKKP menggariskan enam (6) teras yang menjadi panduan dan rujukan utama kepada semua pihak di bawah pentadbiran UTeM, iaitu pekerja dan pelajar serta berganding bahu dan memberikan komitmen yang tinggi bagi mencapai matlamat budaya pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan.

Justeru, kerjasama erat semua pihak adalah penting bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja akan sentiasa berada pada tahap baik dan cemerlang.

PKBAR pula merupakan polisi yang menghasratkan UTeM sebagai Kampus Bebas Asap Rokok dan ianya selari dengan Perjanjian Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) Artikel 8 yang bertajuk "Perlindungan Daripada Pendedahan Kepada Asap Tembakau".

PKBAR juga turut mengariskan enam (6) teras utama dan salah satu antaranya adalah warga kampus yang tidak merokok di Kampus UTeM mempunyai hak untuk menghirup udara bersih dan tidak terkesan dari asap rokok yang berbahaya.

Ironinya, keberkesanan PKBAR ini akan bergantung kepada penelitian, pertimbangan dan seterusnya penglibatan serta kerjasama semua staf, pelajar dan orang lain yang berkaitan dengan UTeM.

Majlis Menandatangani DKKP dan PKBAR yang telah diadakan sempena lawatan tersebut turut disaksikan oleh Prof. Madya Ts. Mohd Rahimi bin Yusoff, Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti), Ts. Azwan bin Aziz, Pengarah Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pengarah – Pengarah pejabat dan pusat serta seluruh warga kerja yang bernaung di bawah Pejabat PNC (PPF). Majlis bersejarah ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Depoh Kenderaan UTeM.

74796197 10157681055684328 8009857245305110528 o

77102443 10157681055259328 1010532335038234624 o